BENGKEL DALAM TALIAN MISI JELAJAH DIGITAL 2024

Aktiviti terkini | 19 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Kahang Timur

Ringkasan Aktiviti :
• Pendaftaran nama peserta
• Staf memberi penerangan bagaimana cara log in aplikasi zoom
• Mereka juga perlu log in ke akaun masing masing DELIMa
• Mendengar taklimat Bengkel Dalam Talian Misi Jelajah Digital 2024

Tujuan :
• Bengkel ini merupakan anjuran maxis ekelas. Tahun ini, tema MJD ialah “GenAI untuk Kebaikan” atau “GenAI for Good”. Pelajar berpeluang untuk mempelajari tentang Penjanaan Kecerdasan Buatan (GenAI) serta cara-cara untuk menggunakan GenAI untuk menyelesaikan isu semasa. Tidak kira sama ada pelajar akan gunakannya untuk menjana idea atau membuat pembentangan, inilah peluang pelajar untuk menggunakan GenAI secara kritikal sambil menunjukkan idea anda. Tentu sekali tidak ketinggalan, penggunaan alatan digital yang lain seperti carian Google, program perisian Microsoft PowerPoint dan juga Internet untuk menjadikan “Idea ke Aksi”

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan satu poster yang boleh meningkatkan kesedaran serta memupuk sikap positif untuk menangani isi tersebut. Objektif adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk sikap positif untuk menangani isu tersebut.
• Tuliskan keterangan poster yang menepati salah satu atau semua tajuk yang diberikan

Kelebihan Aktiviti :
• Mahir menggunakan carian Google, program perisian Microsoft PowerPoint dan juga Internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :