Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Felda Kahang Timur ini terletak kira-kira 26 kilometer dari bandar Kluang dan mengambil masa lebih kurang 25 minit dari bandar Kluang dan berada dalam mukim Renggam. Kawasan Felda Kahang Timur mula diterokai pada tahun 1973/74 dan mula dimasuki oleh peneroka pada November 1978. Jumlah kediaman untuk peneroka adalah sebanyak 462 buah rumah,dan dibahagikan kepada 4 peringkat. Jumlah penduduk pada masa kini dianggarkan seramai 2931 orang. Tanaman utama untuk Felda Kahang Timur ialah tanaman Kelapa Sawit. Pelbagai prasana yang disediakan di felda untuk kegunaan komuniti setempat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KAUNTER PENDAFTRAN PADU

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2024

Atas permintaan Pengurus Felda Ulu Dengar, Staf NADI Felda Kahang Timur telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Kluang untuk membuka Kaunter Pendaftran PADU ..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG (SRAB KLUANG)

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2024

Pendaftaran UPU secara atas talian..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK REN FELDA ULU DENGAR,KLUANG

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEK REN FELDA KAHANG TIMUR,KLUANG

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT S.A.F.E INTERNET @ SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG (SRAB KLUANG)

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & S.A.F.E INTERNET

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024

Tujuan taklimat ini diadakan, adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet pada masa kini kepada kanak-kanak dan golongan dewasa(pelajar sekolah-sekolah)..................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti