INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Asal nama diambil dari lada hitam dalam bahasa banjar dipanggil SAHANG, bila kelamaan berubah bunyi menjadi KAHANG, berikutan felda ini hujung timur, nama itu disambungkan menjadi KAHANG TIMUR. Felda Kahang Timur ini terletak kira-kira 26 kilometer dari bandar Kluang dan mengambil masa lebih kurang 25 minit dari bandar Kluang dan berada dalam mukim Renggam. Kawasan Felda Kahang Timur mula diterokai pada tahun 1973/74 dan mula dimasuki oleh peneroka pada November 1978. Jumlah kediaman untuk peneroka adalah sebanyak 462 buah rumah,dan dibahagikan kepada 4 peringkat. Jumlah penduduk pada masa kini dianggarkan seramai 2481 orang. Tanaman utama untuk Felda Kahang Timur ialah tanaman Kelapa Sawit. Pelbagai prasana yang disediakan di felda untuk kegunaan komuniti setempat.

Lokasi
Mukim : Rengam
Daerah : Kluang
Parlimen : Sembrong
Negeri : Johor
Bandar/Pekan Terdekat : Kluang, Kahang Dan Bandar Sri Lambak

Profil Mukim
Keluasan : 2043.57 Hektar
Bilangan Penduduk : 2,481 Orang
Bangsa Melayu : 100%

Rekreasi & Pelancongan

Taman Permainan Felda Kahang Timur


Di Felda Kahang Timur, terdapat sebuah taman rekreasi/taman permainan yang baru di bina berhampiran Masjid Jamek Felda Kahang Timur. Taman permainan ini menjadi tumpuan ibu bapa dan anak-anak Ketika waktu petang. Pelabagai kemudahan disediakan seperti buaian, gelongsor, Jongkang-jongkit,palang besi dan beberapa alatan permainan lain.

Hutan Lipur Gunung Berlumut


Hutan Lipur Gunung Belumut terletak 5 km dari NADI Felda Kahang Timur. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut. Selain aktiviti mandi-manda dan berkhemah. Pengunjung juga boleh membuat aktiviti mendaki. Perjalananan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai. Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikan pengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu.

Hutan Lipur Gunung Lambak


Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari aras laut. Hutan Lipur Gunung Lambak telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang dinamakan Hutan Lipur Gunung Lambak. Laluan dan jambatan kayu menjadikannya mudah untuk mendaki ke puncak, ramai pelancong dan juga masyarakat tempatan beriadah di sini dan melakukan aktiviti mendaki ke puncak Gunung Lambak.

Selain itu juga, terdapat taman tema air Gunung Lambak di kawasan kaki Gunung Lambak ini. Pengnjung boleh bermain air di kolam renang yang disediakan dan bersuka ria seisi keluarga. Waktu operasi bagi taman tema air ini adalah dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 malam. Pengunjung akan dikenakan bayran sekiranya ingin memasuki taman tema air ini. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan sekali. Berikut adalah harga bayaran yang dikenakan kepada pengunjung.

Kemudahan Awam
Stesen Minyak
Masjid Jamek
Dewan Serbaguna
Klinik Kesihatan
Pendidikan
SMK Kahang Timur
Sk Felda Kahang Timur
Giatmara Sembrong
PDF Felda Kahang Timur
Kisah Kejayaan


Nama : Nurul Ain Binti Essa
Produk Perniagaan : Café, desert & minuman
Alamat : Destinasi Desert Ain Essa, Felda Kahang Timur, 86000 Kluang Johor.
Platform Perniagaan : Facebook
• Facebook : https://www.facebook.com/cahaya.mata.108
• Whatsapp : http://www.wasap.my/017-753 9498

Destinasi Dessert Ain Essa dimiliki oleh Puan Ain. Puan Ain merupakan generasi ke 2 di Felda Kahang Timur. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Kerana minat membuat desert, beliau dan suami nekad membuka sebuah café di Felda Kahang Timur.

Beliau merupakan salah seorang usahawan/ahli NADI yang sangat aktif dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap program yang diadakan oleh NADI Felda Kahang Timur. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan ckomputer dan internet di NADI untuk mecari resepi-resepi baru untuk digunakan di café. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan seperti mencetak dan laminasi. Menurut Puan Ain, dengan adanya NADI, beliau merasakan usahawan kecil sepertinya dapat menggunakan kemudahan yang tersedia dalam usaha mengembangkan perniagaannya. Staf NADI juga sentiasa menghulurkan bantuan beliau mempelajari ICT.

Keusahawanan

Felda sentiasa memastikan dan memantau usahawan sedia ada meneruskan projek agar lebih maju dan berjaya. Setiap usahawan yang ada di Felda Kahang Timur diwajibkan untuk mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pihak Felda Sentiasa menggalakkan dan memberi kerjasama kepada usahawan-usahawan yang berada di Felda Kahang Timur. Antara langkah membantu usahawan ialah dengan membenarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN diwujudkan di Felda ini dan sentiasa memberi sokongan kepada usahawan agar mengikuti kursus perniagaan dan sentiasa mendapatkan peluang-peluang pasaran bagi mempergiat dan mengaktifkan projek.

Pertanian Dan Perladangan

Kebanyakkan tanaman utama Felda di kawasan Johor ialah Kelapa Sawit, begitu juga di Felda Kahang Timur. Namun, ada diantara peneroka yang gemar bertani dan menjadikan hasil bertani salah satu sumber pendapatan mereka seperti tanaman Pisang, lada cili dan pelbagai jenis sayuran. Ada yang menggunakan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan ada juga yang meneroka tanah-tanah terbiar yang ada di kawasan felda serta mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran Felda.

Penternakan

Aktiviti penternakan yang dijalankan di Felda Kahang Timur antaranya ialah penternakan lembu, kambing, kambing biri-biri dan ternakan ikan air tawar seperti tilapia merah dan hitam. Terdapat 2 orang penternak lembu dan kambing di felda ini. Setiap penternak lembu di anggarkan mempunyai 150 ekor ke 300 ekor lembu pelbagai jenis. Manakala kambing pula di anggarkan 50 ekor ke 200 ekor. Untuk ternakan ikan air tawar hanya ada seorang pemilik sahaja. Perniagaan mereka sentiasa mendapat sambutan dari penduduk setempat dan penduduk di bandar.

Makanan Dan Kedai

Bagi perusahaan Makanan pula melibatkan makanan ringan seperti makanan Sejuk beku dan makanan basah. Terdapat 10 orang penerokawati, belia dan wanita generasi ke 2 yang terlibat. Bagi perniagaan kedai , terdapat 7 buah kedai runcit, 11 buah kedai makan dan 2 buah kedai hardware.

Bengkel Dan Jahitan

Selain itu,di felda Kahang Timur juga mempunyai perniagaan perkhidmatan seperti jahitan, bengkel kereta dan motor. 2 orang belia wanita terlibat dengan kedai jahitan manakala bengkel kenderaan pula terdapat 6 buah dikawasan ini.

Bekalan Dan Perkhidmatan Kerja Pengisian Semula Alat Pemadam Api Mudahalih

Dikenali sebagai Aa Fire Protection Service merupakan sebuah perniagaan milik sepenuhnya oleh usahawan Azizi Bin Aziz yang merupakan anak Peneroka Generasi Kedua Felda Kahang Timur. Beliau menyahut seruan kerajaan dalam usahasama memperkasa bidang keusahawanan negara. Perusahaan ini telah didaftarkan pada 01 Julai 2005 di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di Johor Bahru, Johor dan seterusnya telah diluluskan untuk menjalankan kegiatan perniagaan, serta diberi Sijil Pendaftaran Perniagaan No. JM0433880-U.